BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 22, 2011

Buffday Ku..!!!! (21 Feb) :-)
































































































































































































































































Thanx so much kpd dak2 umh sewa aku : acap, zaid, wan & ijat karena menyelebratekn buffday aku..
Thanx jgk kt luvly frenz : farah ribena, khai & rahiz pilot karena menyelebratekn jgk buffday aku..hehe..
Umur meningkat tp aku kekal muda berseri..wakakakakakaka :-)

Friday, February 18, 2011

Kampus Cawangan UiTM di Seremban 3 :-)

SEREMBAN 22 Nov. - Kerajaan negeri bercadang membangunkan sebuah lagi kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seremban 3 di sini dalam menjadikan negeri ini hab pendidikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kampus yang bakal dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) itu akan dikenali sebagai 'City Campus'.

"Pihak UiTM menyambut baik idea cadangan ini dan dari segi dasarnya, kerajaan meluluskannya. Bagaimanapun dalam aspek pelan struktur, ia masih dalam proses pengendalian," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Tahun 2009 Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau dekat sini semalam.

Mohamad menjelaskan, pembinaan 'City Campus' bukan atas geran kerajaan, sebaliknya berasaskan pembiayaan swasta.

"Begitu juga untuk projek pembinaan cawangan UiTM di Chengkau, Rembau. Kedua-dua projek berkenaan adalah di bawah pembiayaan swasta," katanya.

Tambah beliau, 'City Campus' itu adalah pusat latihan lanjutan untuk siswazah-siswazah muda bukan untuk pelajar baru.

"Kampus ini bukan 100 peratus untuk pelajar baru, tetapi majoriti daripada pelajarnya nanti adalah dalam kalangan pensyarah serta tutor.

"Kampus seperti inilah yang kerajaan mahu tumpukan, lain daripada biasa, di mana membolehkan pensyarah berkunjung menghadiri seminar dan melanjutkan pelajaran di bawah Program Siswazah Muda," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri sememangnya berhasrat supaya lebih banyak institusi pendidikan tinggi (IPT) membuka kampus di negeri ini, seiring dengan fokus kerajaan bagi menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu serta koridor hab pelajaran, terutamanya di Seremban Barat.

"Pada masa sama, kerajaan mengalu-alukan sebarang bentuk pertanyaan ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi yang berminat untuk membuka kampus mereka di Negeri Sembilan.

"Menerusi perancangan sebeginilah, selain membawa pembukaan kampus baru IPT ke sini, ia turut mampu memenuhi strategi kerajaan dalam menambahkan kependudukan di negeri ini," katanya.
Utusan

- Tahniah diucapkan kepada UiTM yang menambah lagi kampus cawangan. Semoga ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan taraf pendidikan kaum Bumiputera di Malaysi.


p/s :-
Antara fac yg akan pindah sana ialah fac aku..
Faculty of Administrative Science & Policy Studies
...
nasib bek aku dh nk abis akhir bulan 5 ni..insyaallah..hehehe..so pada junior2 siap sedia la ek nnt pindah sana..hahaha..
dgr cite kampus sana cantik..hehe..
:-)

Tuesday, January 18, 2011

NEW..!!!! UiTM Convocation Hall...Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam











































































































































Nah..ni lah NEW UiTM Convocation Hall..
lawa kn? besar pon besar..hahaha..leh wat konsert dah..
nnt nk suggest kt Dato Ct wat konsert kt cni..hehehe
tgk tuh siap dorang on lagu vids Dato Ct lg..hahahah
then akan berlangsung nya konvokesyen utk bakal2 graduan pd May 2011 ini..
anyway TAHNIAH UiTM dgn terbinanya dewan baru ini..
bakal2 graduan sem ini..!!!! nntkn kita akn berkonvo disini..!!!
yeaahh..!!!
UiTM Dihatiku..
;-)

Kredit to : Ir Mohd Azhar Bahary (Facebook)

Wednesday, December 8, 2010

Alhamdulillah dan mish u guys.. ;-)

Syukur alhamdulillah,
result exam br2 ni ok..& maintain,
terima kasih bnyk2 aku ucapkn pd smue lecturer,
yg mngajar aku,
Puan Zurina (Lecture Service Marketing),Puan Fadhilah (Strategic Management),Prof Madya Nabillah (Tutorial Service Management),Puan Rohani (Public Relation),En Azman (Public Management),Dr Rauf (Research Methodology and Applied),dan Puan Asiyah (Research Supervisor).

Juga tahniah pada mmbr2 aku yg telah tamat pengajian utk degree,
semoga korang dpt kerja yg besh2 nnt,
nnt klu bored2 dtg2 la FSPPP jenguk2 aku,
hehehe,
aku pula seperti bese akn menyambung lg SATU sem pd 3 Jan ni (final sem),
sbb aku bkn dr Dip Pentadbiran Awam yg perlukan 4 sem je,
tp aku dr Dip Perakaunan yg perlukan 5 sem.

Kenangan pahit manis ngn smue mmbr2 aku,
akan ku ingt semuanya,
bese la klu de tergaduh2 sket, terlahar sket, terkasar sket, terkachip sket ke,
tu smue part of life rite,
klu xde bnda2 tuh x besh jgk,
its depends on us bagaimana nk atasinye,
bg aku tu smue xde hal..
kdng2 bnda tu juga menyatukn kite dan merapatkn kite lagi..
hehe.

Rsenye tu je yg aku nk tlis pd entry kali ni,
aku berdoa agar mmbr2 aku mengecapi apa yg diidam2kn,
hahahaha
dan jgn lupakn aku nnt,
hehe.

Take care korang smue.. ;-)

Tuesday, December 7, 2010

Lelaki dan perempuan..haishh ;-)

1.Kalau lelaki hensem pendiam...
perempuan akan kata: wow! ciri2 suami idaman...

Kalau lelaki tak hensem pendiam...
perempuan akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

2.Kalau lelaki hensem berbuat jahat
perempuan akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...

Kalau lelaki tak hensem berbuat jahat
perempuan akan kata: dah la tak hensem,perangai plak mcm sial!!

3.Kalau lelaki hensem suka menolong
perempuan yg kesusahan perempuan akan kata: wow! hero sejati...

Kalau lelaki tak hensem menolong perempuan yg kesusahan
perempuan akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

4.Kalau lelaki hensem dpt perempuan cun
perempuan akan kata: ok la...bagai pinang dibelah dua...

Kalau lelaki tak hensem dpt perempuan cun
perempuan akan kata: kesian...mst dah kena bomoh perempuan tu...

5.Kalau lelaki hensem ditinggal kekasih
perempuan akan kata: buta kayu btol minah tu!!

Kalau lelaki tak hensem ditinggal kekasih
perempuan akan kata: patut pon kena reject...

6.Kalau lelaki hensem bawa BMW
perempuan akan kata: ntah dato' mana bela ni...

Kalau lelaki tak hensem bawa BMW
perempuan akan kata: mesti anak org kaya ni

7.Kalau lelaki hensem menuang air ke gelas perempuan,
perempuan akan kata: wah...caringnyer...

Kalau lelaki tak hensem menuang air ke gelas perempuan,
perempuan akan kata: eleh,ngada-ngada la tu...

8.Kalau lelaki hensem touching
perempuan akan kata: don't worry,i will make u happy forever...

Kalau lelaki tak hensem touching
perempuan akan kata: ckit2 touching!! gembeng tol..ngade2 la...

9.Kalau lelaki hensem pandai masak
perempuan akan kata: dah la hensem,pandai masak plak tu...

Kalau lelaki tak hensem pandai masak
perempuan akan kata: ntah sedap ke tak tu...

10.Kalau lelaki hensem main2 miskol
perempuan akan kata: syoknye!! rindu la tu...

Kalau lelaki tak hensem main2 miskol
perempuan akan kata: ko ni takde keje lain ke??! sibuk ni tau tak!!

11.Kalau lelaki hensem hantar email hari2
perempuan akan kata: sukenyer...!!

Kalau lelaki tak hensem hantar2 email
perempuan akan kata: asyik2 email dia...boring!


well, itulah kehidupan..

hehe

peace ;-)

Wednesday, December 1, 2010

Kisah Nabi Idris melihat syurga dan neraka

Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris beribadah bersama. Suatu ketika, buat kesekian kalinya Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bisakah engkau membawaku melihat syurga dan neraka?”

“Wahai Nabi Allah, lagi-lagi permintaanmu aneh,” kata Izrael.

Setelah Malaikat Izrael memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.

“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrael.

“Terus terang, saya takut sekali kepada Azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya.

Waktu mereka sampai di tempat neraka, Nabi Idris terus pengsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyeksa manusia-manusia yang durhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan pelbagai seksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tak ada pemandangan yang lebih mengerikan berbanding tempat ini.

Dengan tubuh lemas Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke surga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu surga yang sangat tampan.

Wajah Malaikat Ridwan sentiasa berseri-seri dihiasi dengan senyuman yang sangat ramah. Sesiapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilakan para penghuni syurga untuk memasuki tempat yang mulia itu.

Waktu melihat isi syurga, Nabi Idris kembali nyaris pengsan kerana terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau tanpa bisa berkata-kata melihat pemandangan sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris beulang-ulang.

Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana pualam bagi penghuni syurga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum.

Waktu berkeliling di sana, Nabi Idris diiringi pelayan syurga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan.

Mendadak Nabi Idris ingin minum air sungai surga. “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”

“Silahkan minum, inilah minuman untuk penghuni syurga.” Jawab Izrael. Pelayan syurga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur bisa menikmati air minuman yang begitu segar dan luar biasa enaknya. Tak pernah dibayangkan olehnya ada minuman selazat itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris mengucap syukur berulang-ulang.

Setelah puas melihat syurga, tibalah waktunya bagi Nabi Idris untuk kembali ke bumi. Tapi dia tidak mahu kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat keindahan dan kenikmatan syurga Allah.

“Saya tidak mau keluar dari syurga ini, saya ingin beribadah kepada Allah sampai hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris.

“Tuan boleh tinggal di sini setelah kiamat nanti, setelah semua amal ibadah di hisab oleh Allah, baru tuan bisa menghuni surga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya,” kata Izrael.

“Tapi Allah itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah mengkurniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni surga tanpa mengalami kematian. Waktu diangkat ke tempat itu, Nabi Isris berusia 82 tahun.

Firman Allah:

“Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).

***

Pada saat Nabi Muhammad sedang melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj ke langit, beliau bertemu Nabi Idris. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad kepada Jibril yang mendampinginya waktu itu.

“Inilah Idris,” jawab Jibril. Nabi Muhammad mendapat penjelasan Allah tentang Idris dalam Al-Qur’an Surat Al-Anbiya ayat 85 dan 86, serta Surat Maryam ayat 56 dan 57.